Warisan adalah satu peninggalan artifak fizikal yang dimiliki oleh satu masyarakat yang diwariskan daripada satu generasi ke satu generasi yang seterusnya. Warisan ini juga merangkumi satu budaya masyarakat yang tidak lagi dipratikkan.
Manakala, budaya adalah satu corak kehidupan masyarakat yang mempunyai kepercayaan, pergaulan dan adat kebiasaan yang tertentu dan dikongsi bersama. Budaya di Negara Brunei Darussalam merangkumi budaya dari tujuh puak Melayu iaitu Melayu Brunei, Melayu Tutong, Melayu Belait, Bisaya, Dusun, Kedayan dan Murut.
Bagi melaksanakan dasar di atas, Bahagian ini terus menerus menjalankan kegiatan-kegiatan berikut:
- Kajian dan penyelidikan
- Pendokumentasian dan penerbitan
- Persembahan Kebudayaan