​​​​​​​​SEJARAH KKBS

​​​​​perutusan.pngPerutu​​​san

Perutusan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ialah untuk mengukuhkan keupayaan penduduk Negara Brunei Darussalam, khususnya golongan belia dalam menghadapi masalah-masalah dan cabaran-cabaran yang akan timbul dari perubahan sosio-ekonomi dengan mengurangkan tekaan dan gejala-gejalah keruntuhan sosial yang tidak diingini, dengan:-

​​​i.​

​Memberikan arah tujuan yang jelas dan bermakna kepada belia-belia di negara ini melalui kegiatan-kegiatan kebajikan, belia, sukan dan kebudayaan, untuk membentuk dan membina mereka sebagai golongan yang bertanggungjawab lagi berdisiplin, dinamik, berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang mudah menyesuaikan diri;
​ii.


Memberi bantuan, bimbingan dan pemulihan kepada ahli-ahli masyarakat yang kurang bernasib baik, seperti orang-orang cacat, anak-anak yatim, orang-orang tua dan tidak berdaya, janda-janda dan balu-balu serta mereka yang telah menyeleweng dari nilai-nilai murni, seperti penagih-penagih dadah dan pesalah-pesalah belia; dan​
​iii.​

​Memberikan bantuan dan bimbingan kepada ibu bapa berseorangan dan keluarga-keluarga yang memerlukannya dalam mengasuh dan mendidik anak-anak mereka dengan cara yang lebih berkesan dan sempurna.
​​

fungsi.pngFun​gsi​

Tugas dan tanggungjawab Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta jabatan-jabatan, unit-unit dan bahagian-bahagian di bawahnya adalah seperti berikut:-

​i.
​Mengadakan bagi rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam terutama golongan belia dan satu panduan nasional di dalam kontek panduan nasional yang menyeluruh bagi membolehkan negara ini menuju ke arah pemupukan sebuah identiti kebangsaan yang utuh;
​ii.

​Mengasuh dan memajukan individu yang bertanggungjawab, berdisiplin, dinamik dan berdikari serta belia yang mudah menyesuaikan diri demi untuk mencapai kemajuan sosio-ekonomi, permodenan teknologi-budaya dan seterusnya mempertingkatkan lagi keteguhan dan keutuhan nasional Negara Brunei Darussalam;
​iii.

​Mengadakan bantuan dan bimbingan kepada golongan masyarakat yang kurang bernasib baik seperti orang-orang cacat, anak-anak yatim, orang-orang tua dan mereka yang tidak berdaya dalam usaha untuk menjadikan mereka sebagai ahli masyarakat yang berguna;
​​iv.
​Mengadakan bantuan dan bimbingan, termasuklah pemulihan bagi orang-orang yang susah dan memerlukan, seperti janda-janda dan balu-balu, golongan masyarakat yang terkeluar dari norma-norma sosial seperti penagih-penagih dadah dan pesalah-pesalah belia bagi membolehkan mereka balik semula ke pangkuan masyarakat, menjadi rakyat yang berguna;
​v.​​
​Memelihara dan memupuk cara-cara pengasuhan dan pendidikan yang berkesan ke atas anak-anak, di kalangan ibu bapa berseorangan dan seterusnya dalam unit keluarga.


latarbelakang.pngLatar ​Belakang

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan adalah salah sebuah Kementerian yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada bulan Januari 1984 iaitu sebaik-baik sahaja negara ini mengambil alih semula tanggungjawab antarabangsanya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Rajah susunan bahagian-bahagian di dalam Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan adalah seperti berikut:

​​​ Latar Belakang

Setiap bahagian mempunyai ketua masing-masing yang bertanggungjawab terus kepada Setiausaha Tetap:

​i.
​Kementerian ini mempunyai 4 buah jabatan:

1​.
Jabatan Kebajikan, Belia dan Sukan

2.​
​Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka

3.​
​Jabatan Muzium-Muziu​m

​4.
​Jabatan Pusat Sejarah
​ii.
Jabatan Kebajikan, Belia dan Sukan juga mengandungi Jabatan Pencen-Pencen Negara. Pengawal Jabatan ​berkenaan adalah Pengarah Kebajikan, Belia dan Sukan;
​iii.
​Jabatan Muzium-Muzium pula bertanggungjawab dalam pentadbiran Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei yang telah ditubuhkan pada tahun 1975. Jabatan Muzium-Muzium juga mengandungi Muzium Teknologi Melayu, Dewan Pameran Sejarah dan Perkembangan Perlembagaan Negara Brunei Darussalam dan Muzium Peringatan Churchill;
​iv.
​Kementerian ini bertanggungjawab dalam pembinaan dan perkembangaan kebudayaan, belia dan sukan dan hal ehwal kebajikan masyarakat;


Aktiviti sukan dan rekreasi telah sekian lama menjadi sebahagian daripada cara hidup rakyat dan penduduk negara ini dan berkembangan hingga menghasilkan kepimpinan dan organisasi surkarela dalam tahun-tahun lima puluhan. (Pasukan Olahraga Amatur Brunei ditubuhkan pada tahun 1953 dan Persatuan Bolasepak Amatur Brunei pada tahun 1956).

Kini kira-kira 32 jenis sukan mempunyai Persatuan Sukan Kebangsaan dan lebih daripada 150 pertubuhan / kelab sukan dan belia menjalankan aktiviti sukan. Majlis Sukan Brunei yang telah ditubuhkan pada tahun 1975 dan dibubarkan pada tahun 1987 bertujuan menggabung dan menyelaraskan Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan. Peranannya diambil alih oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ditubuhkan pada tahun 1984. Majlis ini menjadi anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan mewakili Negara dalam temasya / kejohanan anjuran / naungannya.

Aktiviti sukan di sekolah dan institusi pelajaran tinggi dirancang dan diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan, termasuk persediaan dan penyertaan di kejohanan peringat ASEAN. Kementerian ini sedang merancang dan melaksanakan beberapa program pembangunan yang positif untuk melahirkan kumpulan atlit yang bermutu dan supaya dapat diselaraskan dengan program pembangunan sukan negara yang berasaskan kesinambungan.

Jabatan-jabatan Kerajaan, Gedung-gedung Perniagaan dan Kelab-kelab Belia dan Sukan mengadakan berbagai aktiviti sukan dan rekreasi untuk faedah pegawai dan kakitangan dan ahli kelab.

Di pihak kerajaan, usaha memimpin dan meyelaras aktiviti sukan bermula secara rasmi pada tahun 1974 dengan penubuhan Jabatan Kebajian, Belia dan Sukan dengan tugas seperti berikut:-

​i.
​Mengawasi, mengatur langkah-langkah mengelola, mentadbir dan melaksanakan rancangan-rancangan mengenai dengan kebajikan, b​​elia dan sukan;
​ii.
​Merancang dan memajukan sukan secara terpimpin dan terkawal dengan tujuan supaya dapat membentuk masyarakat yang kukuh dan bersatu padu, kukuh bukan saja dari segi tubuh badan ahli-ahli masyarakat itu tetapi juga dari segi pendirian dan semangat mereka sesuai dengan kehendak-kehendak masyarakat dan Negara Brunei Darussalam.


Pada tahun 1984 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah ditubuhkan untuk memperkukuhkan lagi kepimpinan, pelaksanaan dasar penyelarasn program.

Pada keseluruhannya penyertaan masyarakat dalam sukan dan rekreasi semakin bertambah melalui berbagai-bagai rancangan dan kemudahan sukan yang disediakan / dalam proses pembinaan / perancangan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Di sektor “Sukan Untuk Masyarakat” banyak lagi yang perlu diungkayahkan bagi memperluaskan penyertaan yang lebih aktif dan menhasilkan satu tapak atu landasan yang kukuh ​kea rah kecemerlangan. Di sektor “Sukan Prestasi Tinggi”, walaupun beberapa kemajuan telah dicapai tetapi jika dibandingkan dengan negara-negara di rantau ASEAN kemampuan atlit dan pasukan negara amat terhad dan jauh ketinggalan.