​ ​

​​​BAHAGIAN PENYELIDIKAN, PERKEMBANGAN DAN HAL EHWAL ANTARABANGSA


Visi

Mempertahankan, Melindungi dan Mengetengahkan kepentingan Negara Brunei Darussalam dengan menyokong pencapaian visi dan misi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan prinsip persahabatan dan peningkatan kerjasama dua hala, serantau dan antarabangsa.​


Misi

Memastikan perlaksanaan dan penyelarasan pendirian dan juga dasar bidang-bidang teras Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (kebudayaan dan kesenian, kebeliaan, kesukanan dan kemasyarakatan) dapat dipelihara dan dimajukan, dengan mengambilkira penggubalan dasar, perancangan strategi atau pelan tindakan Kebangsaan, jika ​berkaitan, dalam memastikan ketelusan perkongsian maklumat dan kedudukan negara dalam hal ehwal dua hala, serantau dan antarabangsa sentiasa terpelihara.

Fungsi Utama

Menggalas tanggungjawab dalam mengukuhkan jalinan kerjasama dalam mendukung hasrat dan memelihara kepentingan negara, melalui penyelarasan dan pemantauan isu-isu yang berkaitan dengan hal ehwal dua hala, serantau dan antarabangsa khususnya komitmen negara dalam Pertubuhan ASEAN selaku Sekretariat Kebangsaan bagi Tunggak ASEAN Socio-Cultural Community (ASCC) dan komitmen serta obligasi negara dalam pertubuhan dan organisasi serantau dan antarabangsa berkaitan, di samping menyelaras penyelidikan berdasarkan keperluan. BPPA juga bertanggungjawab dalam memastikan penyelesaian pemeteraian memorandum persefahaman/perjanjian dengan negara-negara luar.



Diketuai oleh: 

Pengarah Penyelidikan, Perkembangan dan Hal Ehwal Antarabangsa

​Yang Mulia Dayang Hajah Fauziah binti Haji Abd Hamid

Emel: fauziah.hamid@kkbs.gov.bn