BAHAGIAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN
Fungsi dan Bidang Tugas
Bertanggungjawab untuk memperkembangkan dan meninggikan nilai kebudayaan Brunei secara keseluruhannya. ia dihasrat untuk bertindak sebagai jentera penggali segenap akar umbi dan sumber kebudayaan Brunei dan juga selaku media atau agensi pengembang kebudayaan tersebut di samping menjamin pelaksanaan prinsip asasnya iaitu konsep negara Melayu Islam Beraja.
Budaya Yang Dinamik dan Warisan Yang Terpelihara
- Budaya dan Warisan sebagai asas perpaduan
- Jati diri yang tinggi yang berteraskan Melayu Islam Beraja
- Berkembang Selaras dengan Pembangunan bangsa menuju kecemerlangan
Program Seni dan Budaya
- Perjalanan Kebudayaan
- Bengkel Musik Kebudayaan
- Bengkel Menambat Dastar dan Menapih Sinjang
- Pengenalan Baju 7 Puak
- Bengkel Sopan Santun
- Bengkel Pertukaran Budaya
Diketuai oleh:
Pengarah Kebudayaan dan Kesenian
Yang Mulia Haji Awang Mohd Abdoh bin Haji Awang Damit
Emel: abdoh.damit@kkbs.gov.bn