PUSAT PEMBANGUNAN BELIA
Jalan Lebuhraya Muara-Tutong. Kampong Lambak Kanan BC2515.
Negara Brunei Darussalam
Latar Belakang
Pusat Pembangunan Belia (PPB), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) merupakan sebuah pusat kemahiran yang mengendalikan pelbagai kursus kemahiran kepada komuniti dan belia. Selaras dengan Pelan Strategik KKBS 2020-2024, hala tuju bagi PPB telah direbiu pada tahun 2020 ke arah transformasinya sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan Latihan Kemahiran yang inklusif.
PPB memfokuskan kepada pengendalian dua (02) program kemahiran yang utama iaitu:
-
Program Pembangunan Belia (tempoh perlaksanaan adalah satu tahun)- menjalankan latihan kemahiran yang 'marketable' dan diktiraf kepada belia, program pembangunan diri dan program penempatan kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka untuk mendapatkan pekerjaan, menjalankan perusahaan sendiri atau melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
-
Program Komuniti (tempoh perlaksanaan adalah kurang daripada enam bulan)- menjalankan pelbagai kursus secara jangka pendek. Selain untuk mendapatkan kemahiran yang baru, program ini juga bertujuan untuk 'upskilling' dan 'reskilling' bagi menyokong agenda kebangsaaan dari segi pembangunan sumber manusia iaitu; pembelajaran sepanjang hayat.
Visi dan Misi
Visi : Memperkasa Komuniti ke Arah Kecemerlangan
Misi: Sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan yang Meningkatkan Kebolehpasaran Melalui Latihan Kemahiran dan Pembangunan Diri dengan Kerjasama Rakan Strategik.
Fungsi dan Hala Tuju
Fungsi:
-
Menyediakan program latihan dan kemahiran hidup penting untuk menyokong masyarakat mencari rezeki dengan mendapatkan pekerjaan dan/atau bekerja sendiri berdasarkan permintaan pasaran.
-
Untuk bekerjasama dengan agensi Kerajaan, industri dan persatuan bukan Kerajaan dalam menyediakan kemahiran pembangunan keusahawanan, program inkubasi dan akses pasaran untuk membantu menghasilkan produk mereka.
-
Memberikan tumpuan secara inklusif kepada kumpulan sasaran seperti mereka yang berpendapatan rendah, tiada kemahiran, ibu tunggal, mereka yang mencari pekerjaan dan Orang Berkeperluan Khas.
Hala Tuju:
Tadbir Urus Efektif
Pengoptimuman Sumber dan Kemudahan.
Mengukuhkan Rakan Strategik yang Mampan.
Meningkatkan Kualiti Latihan.
Best Trainee Set-up
Diketuai oleh:
Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Belia
Yang Mulia Awang Haswandi bin Haji Osman
Emel: haswandi.osman@kkbs.gov.bn