BAHAGIAN PERKHIDMATAN SOSIAL
VISI
Masyarakat Yang Progresif
Ekosistem pembangunan keupayaan masyarakat yang mapan, dinamik, berdaya tahan dan inklusif secara progresif.
Terdapat 4 bidang di bawah ekosistem ini:
Pembangunan Keupayaan Masyarakat
- Ilmu Pengetahuan, Kemahiran dan Kebolehan
- Sumber and Infrastruktur
- Perancangan teliti menghadapi risiko
Perlindungan Sosial: Bantuan Am dan Program
- Sosioekonomi, pengupayaan, keusahawanan dan perkerjaan
- Bantuan Kebajikan Bulanan, pencen-pencen dan elaun-elaun
Jaminan Sosial
- Bantuan responsif, tempat perlindungan, pemulihan dan lain-lain
- Promosi dan pemerkasaan kesaksamaan, wanita, kanak-kanak, warga emas dan orang berkelainan upaya
- Kesejahteraan
Penglibatan Masyarakat
- Majlis Kebangsaan Isu Sosial
- Rakan-rakan Strategik seperti: Agensi-Agensi Kerajaan, Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Sektor-Sektor Swasta
MISI
Untuk mewujudkan ekosistem mesra-masyarakat yang memberikan kesaksamaan dan akses kepada individu untuk:
- Menjana Inspirasi pemedulian, perpaduan dan keinklusifan
- Menerajui aktiviti-aktiviti pembangunan keupayaan masyarakat
- Mewujudkan rangkaian aktiviti pembangunan sosioekonomi
Kejayaan ditentukan dengan merealisasikan objektif-objektif berikut:
- Kerjasama strategik melalui kerjasama seluruh negara (whole of government and whole of nation approach)
- Inovasi dan peningkatan platform pintar dan digitasi
- Institusi kekeluargaan dan nilai-nilai kukuh
- Sistem keselamatan dan perlindungan sosial yang efisien dan efektif
- Masyarakat yang teguh, bersemangat dan lebih inklusif
MATLAMAT
Untuk menyediakan halatuju kearah masyarakat yang cemerlang melalui pelan tindakan dan dasar-dasar kemasyarakatan
Untuk mewujudkan masyarakat yang cemerlang
Untuk membangun masyarakat yang penyayang, pemedulian dan harmoni
Untuk meningkatkan penglibatan dan sumbangan masyarakat kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara
FUNGSI DAN BIDANG TUGAS UTAMA
- Perancangan dan Penyelarasan Dasar dan Strategik Kemasyarakatan
- Penggubalan / Penilaian semula (rebiu) Dasar / Akta / Peraturan / Panduan Kemasyarakatan yang ditangani JAPEM
- Penubuhan dan memantau pelaksanaan peranan Social Blueprint / Majlis Kebangsaan Isu Sosial (MKIS) dan Jawatankuasa-Jawatankuasa Khas dibawah MKIS
- Penyelarasan Pelan-pelan Tindakan Kemasyarakatan dan dibawah MKIS
- Penyediaan / Penelitian Kertas Kerja / Kertas konsep / Deklarasi / Perutusan dan sebagainya mengenai hal ehwal Kemasyarakatan dan Isu Sosial
- Menangani ahl ehwal Antarabangsa Kemasyarakatan
Diketuai oleh:
Pemangku Pengarah Perkhidmatan Sosial
Bahagian Perkhidmatan Sosial
Yang Mulia Dayang Hajah Noridah binti Abdul Hamid
Email: noridah.hamid@kkbs.gov.bn