​​​​​​​​​​​​​​​​​

Amalan sosial, ritual dan acara perayaan adalah aktiviti rutin yang menyusun kehidupan masyarakat. Ia adalah penting sebagai identiti kepada masyarakat yang mempraktikkannya sama ada sebagai kumpulan atau masyarakat, dilakukan secara umum atau persendirian, berkait rapat dengan peristiwa penting. Amalan sosial, ritual dan acara perayaan dapat membantu menandakan berlalunya musim, peristiwa dalam kalendar pertanian atau tahap kehidupan seseorang. Ritual dan acara perayaan sering berlaku pada waktu dan tempat yang istimewa dan mengingatkan masyarakat akan aspek pandangan dunia dan sejarahnya.

Amalan sosial, ritual dan acara perayaan melibatkan pelbagai bentuk yang mempesonakan/ mengagumkan: upacara pemujaan; kelahiran, perkahwinan dan pengebumian; sumpah setia; sistem perundangan tradisi; permainan dan sukan tradisi; upacara kekeluargaan; tradisi masakan; upacara bermusim dan banyak lagi. Ia juga merangkumi berbagai macam ungkapan dan elemen fizikal: gerak hati dan kata-kata khusus, bacaan lagu atau tarian, pakaian khas, perarakan, pengorbanan binatang dan makanan yang istimewa.​​​​​​​​​​​​​​​​​


Istiadat Malam Babadak
​​
Perkahwinan Puak Murut
​​​


​​​​ ​ ​