​ ​

​BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN


Bidang tugas utama​​​​​

Bahagian ini bertanggungjawab dalam hal ehwal yang berkaitan dengan tadbir urus pentadbiran dan pengurusan umum Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya termasuk

i.
​​​​​Tadbirurus kakitangan
​ii.​
​Tadbirurus kewangan​
​iii.
​Tadbirurus pembangunan kemahiran dan kapasiti
​iv.
​Kawalan perbekalan​
​v.​
​Pengurusan dan pemeliharaan aset, bangunan dan kenderaan
​v​i.​​
​Aktiviti-aktiviti dan Majlis-majlis Peringkat Kebangsaan dan Kementerian Perkhidmatan-perkhidmatan Am​
​​

​​​
Peranan

Memberikan perkhidmatan yang efisyen dan seterusnya meningkatkan keberkesanan perkhidmatan-perkhidmatan, pengurusan, perancangan dan perkembangan sumber tenaga manusia, kewangan, pemeliharaan dan pengurusan aset di Kementerian ini dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.


Fungsi

Sistem tadbir urus pentadbiran, kewangan dan pengurusan personel bagi mencapai kecekapan dan keberkesanan serta memastikanpersekitaran kerja yang produktif dan inklusif 

Menyelaras dan menyusun tugas dan tanggungjawab serta menjaga kesejahteraan dan kebajikan setiap pegawai dan kakitangan 

Mempertingkatkan dan memperbaiki sistem, kaedah, peraturan serta prosedur kerja bagi mencapai kecemerlangan 

Sistem data dan maklumat, sistem failing, sistem rekod perkhidmatan dan sebagainya.

Diketuai oleh: 

Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

Yang Mulia Awang Mohamad Iskandar bin Haji Idris

Email: Iskandar.Idris@kkbs.gov.bn