Dasar Sukan Negara ini merupakan kenyataan ringkas akan tujuan, matlamat serta strategi dan cita-cita Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berhubung dengan sukan yang merangkumi kedua-dua sektor program dan aktiviti yang biasa dirujukkan sebagai
“Sukan Untuk Masyarakat” (SUM)
“Sukan Prestasi Tinggi” (SPT)
![3.png](/PublishingImages/Pages/Dasar-Sukan-Negara/3.png)
Tujuan sukan negara ialah
Untuk menggalak dan mewujudkan peluang dan kemudahan mempertingkatkan kemahiran dan kecemerlangan individu dalam sukan di semua peringkat, termasuk antarabangsa;
![2.png](/PublishingImages/Pages/Dasar-Sukan-Negara/2.png)
Untuk menggalakkan semangat persaingan yang sihat dan muhibah melalui sukan di kalangan individu, kumpulan masyarakat dan antarabangsa;
Untuk menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara melalui penyertaan dan sumbangan di kalangan belia dan sukan.