​​​​​ ​​

​​​​​​​​​​​BRUNEI ​DARUSSALAM ANTI-DOPING COMMITTEE

​​​AKIBAT ​​​DOPING​​

Memburukkan Reputasi (1).png

Untitled design (15).png
​​
Doping adalah pengunaan bahan atau kaedah yang terlarang didalam sukan. Ia adalah apabila atlet, ahli pasukan atlet atau orang lain melakukan kesalahan-kesalaha​n (ADRV) seperti:
akibat doping.png 


Untitled design (11).png

Aki​bat doping kepada kesihatan mental dan fizikal



​Pengambilan bahan terlarang melebihi dos dan secara kerap boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan secara tetap. Ada kajian yang menunjukkan ​pengunaan bahan terlarang juga boleh menjejaskan kesihatan mental seseorang atlet sehingga menyebabkan anxiety, obssesive disorder dan psychosis.​



​​Untitled design (12).png

​Akibat doping kepada kehidupan sosial dan ekonomi seseorang atlet



​Dikaitkan dengan doping atau kesalahan doping akan memberi kesan kepada reputasi dan hubungan sosial atlet. Pada pandangan umum, atlet atau orang lain yang disabitkan dengan kesalahan doping sering dianggap sebagai seorang yang tidak adil dan penipu. Doping mempunyai kesan negatif yang ketara terhadap kehidupan peribadi dan interaksi sosial seseorang kerana orang mungkin merasakan bahawa mereka tidak lagi mahu dikaitkan dengan seseorang yang telah merosakkan reputasi sukan dan negara.


​Penggantungan dari sukan akibat daripada Pelanggaran Peraturan Anti-Doping (ADRV) akan memberi kesan kewangan yang besar kepada individu tersebut. Bagi atlet dan Ahli Pasukan Atlet, ini termasuk keperluan untuk memulangkan hadiah wang atau sekatan kewangan. Akibat negatif doping yang lain termasuk​ penamatan kontrak dan perjanjian penajaan, kehilangan pembiayaan kerajaan, geran dan bentuk sokongan kewangan yang lain. 


Untitled design (13).png

Penggantungan dari sukan



​Pelanggaran Peraturan Anti-Doping (ADRV) akan memberi kesan kepada keupayaan atlet untuk berlatih dan bersaing. Bagi jurulatih dan Kakitangan Sokongan Atlet yang lain, larangan mungkin bermakna mereka tidak lagi dapat mengamalkan profesion mereka dan bekerja dengan atlet. Sekatan yang terhasil daripada ADRV boleh terdiri daripada amaran kepada larangan seumur hidup daripada semua sukan.

Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa individu yang diharamkan dalam satu sukan juga akan dilarang daripada bermain, melatih atau bekerja dengan atlet dalam mana-mana kapasiti lain dalam sukan yang berbeza.

Ia juga bertentangan dengan Kod untuk bekerja dengan Ahli Pasukan Atlet (jurulatih, pakar perubatan atau lain-lain) yang tidak layak kerana ADRV, atau mereka yang telah disabitkan secara jenayah atau disiplin profesional berhubung dengan doping.

Senarai penuh semua Personel Sokongan Atlet yang pada masa ini digantung daripada bekerja dengan Atlet atau Orang lain boleh didapati di Senarai Persatuan Larangan WADA (Prohibited Association List | World Anti Doping Agency).​​​​​



​Rujukan:

WADA Code 2021 - The World Anti-Doping Code


​​​