​​

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan





Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad



Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang​ ​​Mohamad dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam pada 7 Zulhijjah 1443 / 7 Jun 2022. ​

Pada 15 Julai 2022 bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 76 tahun, Yang Berhormat Dato dikurniakan bintang Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Pertama (P.S.N.B) yang membawa gelaran 'Dato Seri Setia'.

Sepanjang berkhidmat di dalam Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Dato pernah memegang beberapa jawatan penting. Antaranya:​​

​​​Tahun
Jawatan
​2017
​Setiaus​aha Tetap (Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam) Jabatan Perdana Menteri
​2017

​Perwakilan Brunei Darussalam bagi Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia [ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights (AICHR)].
​2014
​Ahli Lembaga Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei [Brunei Economic Development Board (BEDB)].
​2012
​Setiausaha Tetap (Pengurusan dan Antarabangsa), Kementerian Kewangan  ​
​2012
​Timbalan Pengerusi, Pusat Kajian Strategik dan Dasar [Centre for Strategic and Policy Studies (CSPS)].
​2012
​Timbalan Pengerusi Bersama, Tabung Amanah Pekerja (Employees Trust Fund).
​2012
​Pengerusi, Perbadanan Perlindungan Deposit Brunei Darussalam
(Brunei Darussalam Deposit Protection Corporation).
​2012
​Pengerusi, Lembaga Penasihat Kewangan Islam (Islamic Financial Supervisory Board). 
​2012
​Alternate Governor, Asian Development Bank (ADB)
​2012
​Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.
​2008
​Pengarah, Bahagian Belanjawan, Kementerian Kewangan. 
​2007
​Penasihat Pengarah Eksekutif Southeast Asia Voting Group, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).


Yang Berhormat Menteri memulakan perkhidmatannya dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selepas menamatkan pengajian di Universiti Brunei Darussalam pada tahun 1991.

Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Yang Mulia Datin Hajah Binanun binti Haji Bungsu dan dikurniakan 5 orang anak iaitu 3 anak lelaki dan 2 anak perempuan.