Page Content
BRUNEI DARUSSALAM ANTI-DOPING COMMITTEE
BAHAN TERLARANG DI DALAM SUKAN
Maklumat mengenai bahan-bahan atau kaedah yang terlarang di dalam sukan boleh di dapati di dokumen terbitan World Anti-Doping Agency (WADA) iaitu Prohibited List.
Prohibited List adalah senarai menyeluruh mengenai bahan dan kaedah yang terlarang didalam sukan yang terdapat di segelintir ubat-ubatan atau makanan tambahan. Senarai ini dikemaskini setahun sekali mengikut perkembangan dan penyelidikan saintifik semasa.
|
Kriteria untuk sesebuah bahan atau kaedah dimasukkan ke dalam senarai ini adalah apabila ianya memenuhi 2 dari 3 syarat seperti berikut:
1.
| Berpotensi untuk meningkatkan prestasi sukan.
| 2.
| Berpotensi atau merupakan risiko kesihatan (seperti: ketagihan, menyebabkan penyakit atau kecederaan)
| 3.
| Melanggar semangat kesukanan (iaitu: etika, permainan adil, kejujuran dan menghormati peraturan)
|
|
Gambaran kategori Bahan Terlarang yang ada di dalam Prohibited List
| 1. Gambaran di bawah menunjukkan contoh ubat-ubatan yang mengandungi bahan terlarang didalam sukan yang
dilarang pemakaiannya oleh atlet di setiap masa.
| 2. Gambaran dibawah menunjukkan contoh ubat-ubatan yang mengandungi bahan terlarang didalam sukan
yang dilarang pemakaiannya oleh atlet Ketika berada di dalam sesebuah perlawanan atau pertandingan sahaja.

| 3. Gambaran dibawah menunjukkan contoh ubat-ubatan yang mengandungi bahan terlarang didalam sukan yang dilarang pemakaiannya oleh atlet di dalam sukan yang tertentu sahaja.
|
|
|