​​​​​​​​

Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil Sempena Sambutan Bulan Bahasa


​Sumber : Siaran Media DBP

Foto : 



BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 8 Muharam 1448/24 Jun 2026 – Sempena Sambutan Bulan Bahasa 2026 (65 Tahun Penubuhan Dewan Bahasa) tahun ini, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan, petang tadi.

 

Majlis berkenaan adalah khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

 

Hadir mengetuai rombongan pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, diikuti dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil dipimpin oleh Yang Mulia Awang Mohammad Zahid Zakwan @ Mohammad Thaib Hasbullah bin Mohd. Said, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Kampung Bengkurong.

 

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah pegawai-pegawai kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya, ketua-ketua persatuan, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan swasta, para penulis serta pencinta bahasa dan sastera tanah air.

 

Acara kemuncak Sambutan Bulan Bahasa 2026 (65 Tahun Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka) dengan tema “Bahasa Jiwa Bangsa" akan berlangsung pada hari Selasa, 21 Muharam 1448 bersamaan 7 Julai 2026 di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.


​​​​