​​​​​​​​

Majlis Perasmian Sudut Bacaan Pelita Minda

23062026_Sudut Bacaan Minda (4).jpg


Sumber : Siaran Akhbar DBP

Foto : Muhd Azinuddin - KKBS, Kamarul Ariffin - DBP

 


BERAKAS, Selasa, 7 Muharam 1448/23 Jun 2026 – Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Perpustakaan telah mengadakan Majlis Perasmian Sudut Bacaan Pelita Minda di Surau IBTE Maktab Sultan Saiful Rijal, pagi tadi.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis dan seterusnya menyempurnakan perasmian Sudut Bacaan tersebut ialah Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Sudut Bacaan merupakan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Perpustakaan sebagai usaha untuk memupuk minat membaca dan cintakan buku dalam kalangan orang awam. Penempatan Sudut Bacaan ini bertujuan untuk menyediakan ruang pembelajaran tidak formal, memperkasa budaya membaca dalam kalangan belia serta menyokong pembangunan intelektual, sahsiah dan pemikiran kritis generasi muda selaras dengan keperluan semasa.

 

Sudut Bacaan Pelita Minda menyediakan pelbagai genre bahan bacaan yang bersesuaian, iaitu sebanyak 500 buah buku dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang merangkumi pelbagai bidang seperti pengetahuan am, pembangunan kendiri, kemahiran hidup, keusahawanan, kreativiti serta bahan bacaan santai yang sesuai dengan minat dan keperluan belia.

 

Bahan bacaan yang disediakan akan ditukar setiap tiga bulan mengikut keperluan dan permintaan Surau IBTE Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal bagi memastikan koleksi sentiasa relevan dan menarik.

 

Setakat ini, Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai tujuh Sudut Bacaan di seluruh negara, iaitu Sudut Bacaan Pusat Akademi Sukan Memanah Ar-Rafi, Sudut Bacaan Teratak Setiawan, Sudut Bacaan Eat's Hot, Sudut Bacaan PKWE Lambak, Sudut Bacaan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam, Sudut Bacaan Pusat Belia, dan Sudut Bacaan Pelita Minda.



23062026_Sudut Bacaan Minda (5).jpg 23062026_Sudut Bacaan Minda (2).jpg

23062026_Sudut Bacaan Minda (1).jpeg 23062026_Sudut Bacaan Minda (3).jpg




​ 


​​​​