​​​​​​​​

Jerayawara Akademik bagi warga KKBS

16062026_APB Roadshow (16).jpg 


Sumber : Siaran Media KKBS

Foto : ​Muhd Azinuddin - KKBS


Bandar Seri Begawan, Selasa, 16 Jun 2026 – Akademi Pengajian Brunei (APB), Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah mengadakan Jerayawara Akademik bagi warga Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) yang berlangsung di Dewan Digadong, Bangunan KKBS.

 

Jerayawara tersebut bertujuan untuk memperkenalkan APB sebagai pusat pengajian dan penyelidikan dalam bidang akademik, di samping memberikan penerangan mengenai program-program akademik yang ditawarkan, proses permohonan serta syarat-syarat kemasukan bagi calon yang berminat.

 

Selain itu, sesi berkenaan turut menjadi platform untuk berkongsi maklumat mengenai peluang melanjutkan pengajian dan pembangunan akademik kepada pegawai serta kakitangan KKBS dalam usaha memperkasa pembangunan modal insan yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.


16062026_APB Roadshow (26).jpg

 


​​​​