.jpg)
Sumber : Siaran Media KKBS
Foto : Muhd Azinuddin - KKBS
Bandar Seri Begawan, Rabu, 23 Zulhijjah 1447 / 10 Jun 2026 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Unit Pembangunan Sumber Manusia (HRD) telah mengendalikan Program Bicara Inspirasi (BiSAI) bertajuk Amanah Digital: Tanggungjawab Penjawat Awam Dalam Menangani Jenayah Siber bagi warga kementerian serta jabatan-jabatan di bawahnya. Program tersebut telah berlangsung di Dewan Digadong, Bangunan KKBS.
Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Yang Mulia Ketua Inspektor Adinin bin Haji Ahmad, Pemangku Ketua Unit Penyelidikan dan Perkembangan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB). Dalam sesi tersebut, warga kementerian serta jabatan-jabatan di bawahnya didedahkan kepada pelbagai bentuk ancaman siber semasa, termasuk pancingan data (phishing), penipuan dalam talian, perisian hasad (malware) dan kebocoran data.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman warga kementerian serta jabatan-jabatan di bawahnya mengenai risiko serta cabaran jenayah siber yang semakin berkembang. Di samping itu, program ini turut memberi penekanan kepada kepentingan mengenal pasti tanda-tanda awal serangan siber, memahami trend penipuan siber semasa serta mengamalkan langkah-langkah keselamatan digital yang bersesuaian bagi melindungi maklumat dan data daripada ancaman siber.
.jpg)
.jpg)