
Sumber: Siaran Media KKBS
Foto: Muhd Azinuddin - KKBS
Bandar Seri Begawan, Rabu, 1 Oktober 2025 - Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Mohamad, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Datuk Mohd Aini bin Atan, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam.
Majlis berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, turut dihadiri oleh Yang Mulia Dayang Hajah Norashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), dan Yang Mulia Dayang Hajah Fauziah binti Haji Abd Hamid, Pengarah Penyelidikan, Perkembangan dan Hal Ehwal Antarbangsa, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Kedua-dua belah pihak menyentuh beberapa isu semasa yang menjadi keperihatinan dan kepentingan bersama.