Sumber : Siaran Media KKBS
Foto : Md Azinuddin - KKBS
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 9 Zulkaedah 1446 / 07 Mei 2025 - Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua-Ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam iaitu Puan Yang Terutama Pengiran Hajah Hairani binti Pengiran Haji Tajuddin, Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat, dan Puan Yang Terutama Hajah Nor Huda binti Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Ahmad, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Kerajaan Hasyimiyah Jordan.
Majlis ini berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, turut dihadiri oleh Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), dan Yang Mulia Dayang Hajah Fauziah binti Haji Abd Hamid, Pengarah Penyelidikan, Perkembangan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan mengurniakan Surat-surat Watikah Pelantikan kepada Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baharu dilantik ini di Majlis Mengurniakan Surat-surat Watikah Pelantikan dan Majlis Menyembahkan Surat-surat Tauliah Pelantikan yang berlangsung di Istana Nurul Iman pada 21 April 2025 yang lalu.