​​​​​​​​

Khidmat Jawi

PERMOHONAN TULISAN JAWI


Unit ini menangani semua jenis permohonan tulisan Jawi daripada jabatan kerajaan, swasta dan orang persendirian. Jenis permohonan seperti yang berikut:


  1. Papan Tanda dan Kepala Surat bagi nama perniagaan

  2. Kenderaan bagi nama perniagaan

  3. Nama Bangunan

  4. Nama Pertubuhan, Koperasi dan seumpamanya

  5. Jenama, Francais dan seumpamanya

  6. Teks Panjang

  7. Label/Papan Tanda umum

  8. Kain Rentang

  9. Papan Iklan (billboard)

  10. Poster, kulit buku/program, cop

  11. Tirai Belakang (backdrop)​


Khidmat ini sejajar dengan kehendak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia sepertimana maksud surat keliling JPM Bil. 21/1988 bertarikh 19 Julai 1988:


"...semua Kementerian dan Jabatan supaya mengawasi dan memastikan penggunaan tulisan jawi disamping tulisan rumi pada papan-papan tanda di bangunan-bangunan Kerajaan dan badan-badan perniagaan, termasuk papan-papan nama, kepala surat, papan kenyataan, poster, iklan, kain rentang, nama-nama dan tanda-tanda jalan serta seumpamanya. Tulisan jawi itu hendaklah ditulis dua kali ganda besarnya daripada tulisan rumi dan diletakkan disebalah atas…"


Kadar bayaran bagi perkhidmatan tulisan dan pengesahan Jawi boleh tekan pautan ini:

http://www.dbp.gov.bn/Perkhidmatan/Khidmat%20Jawi.aspx



​​​​