.jpg)
Sumber : Siaran Media KKBS
Foto : Muhd Azinuddin - KKBS
Bandar Seri Begawan, Khamis, 4 Zulhijjah 1447 / 21 Mei 2026 - Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Mohamad, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik iaitu Tuan Yang Terutama Pehin Orang Kaya Seri Pahlawan Kolonel (B) Dato Paduka Haji Abdu'r Rahmani bin Dato Paduka Haji Basir, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam Ke Malaysia; Tuan Yang Terutama Mohammad Shafiee bin Haji Kassim, Duta Besar Istimewa Dan Mutlak Negara Brunei Darussalam Ke Belgium; Tuan Yang Terutama Haji Khairur Rizal bin Haji Abdul Majid, Duta Besar Istimewa Dan Mutlak Negara Brunei Darussalam Ke Republik Demokratik Timor-Leste; dan Puan Yang Terutama Dayangku Nooraslena binti Pengiran Dato Paduka Haji Sallehuddin, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam Ke Australia.
Majlis berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, turut dihadiri oleh Yang Mulia Dayang Hajah Norashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), dan Yang Mulia Dayang Hajah Fauziah binti Haji Abd Hamid, Pengarah Penyelidikan, Perkembangan dan Hal Ehwal Antarbangsa, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Ne gara Brunei Darussalam, telah berkenan mengurniakan surat-surat watikah pelantikan kepada ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baharu , pada Majlis Mengurniakan Surat-surat Watikah Pelantikan dan Majlis Menyembahkan Surat-surat Tauliah Pelantikan yang berlangsung di Istana Nurul Iman pada 12 Mei 2026.