​​​​​​​​

Perutusan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia Dan Sukan ​Sempena ​Hari Keluarga Antarabangsa 2026


 Perutusan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia Dan Sukan ​Sempena ​Hari Keluarga Antarabangsa 2026 ​ 




“Keluarga, Ketidaksamaan dan Kesejahteraan Kanak Kanak”



Tema sambutan tahun ini, “Keluarga, Ketidaksamaan dan Kesejahteraan Kanak Kanak" (Families, Inequalities and Child Wellbeing), mengetengahkan cabaran global yang semakin ketara, khususnya ketidaksamaan sosial dan cabaran ekonomi yang mempengaruhi kestabilan sesebuah keluarga seperti kebimbangan ekonomi, peningkatan kos sara hidup, serta jurang akses kepada pendidikan, perkhidmatan kesihatan dan peluang kehidupan. 


Cabaran-cabaran ini setentunya menjejaskan keupayaan keluarga dalam menyediakan persekitaran yang positif, stabil dan kondusif untuk menyokong perkembangan kanak-kanak yang seimbang dari segi fizikal, emosi dan sosial. 


Oleh itu, pengukuhan institusi keluarga perlu dilihat sebagai satu pelaburan jangka panjang dalam pembangunan modal insan negara.



Perutusan Penuh, Sila Tekan Pautan ini:


 Perutusan  Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia Dan Sukan Sempena Hari Keluarga Antarabangsa 2026




​​​​