​​​​​​​​

Majlis Doa Selamat bagi Bakal-Bakal Jemaah Haji Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya

30042026_Bakal Haji_JBS (9).jpg



​Sumber : Siaran Media KKBS

Foto : Adi Muadz - JBS

 

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 13 Zulkaedah 1447 / 30 April 2026 – Majlis Doa Selamat bagi Bakal-Bakal Jemaah Haji Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang akan menunaikan fardu haji bagi musim haji tahun 1447H/2026M diadakan di Dewan Citra Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Hadir bagi menyempurnakan majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Muhammad Nabil bin Haji Roslan, Pembantu Perkembangan Ugama, Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada bakal-bakal jemaah haji oleh Tetamu Kehormat. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Yang Mulia Awang Muhammad Nabil bin Haji Roslan, Pembantu Perkembangan Ugama, Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Seramai lapan (8) orang bakal jemaah haji dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya akan menunaikan fardu haji bagi musim haji tahun 1447H/2026M.

 

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya serta bakal-bakal jemaah haji.

 

Majlis tersebut diadakan sebagai tanda kesyukuran dan bagi memohon keselamatan serta keberkatan untuk bakal-bakal jemaah haji warga Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan khasnya, serta bakal-bakal jemaah haji di seluruh negara semasa pergi dan balik menunaikan ibadah haji, di samping dapat menjalani ibadah haji pada tahun ini dengan sempurna.


30042026_Bakal Haji_JBS (1).jpg 30042026_Bakal Haji_JBS (2).jpg 

​ 


​​​​