​​​​​​​​

Majlis Ramah Mesra bersama residen dan penghuni Kompleks Rumah Kebajikan (KRK), JAPEM, 1447/2026

16042026_Raya KRK (6).jpg


Sumber : Siaran Akhbar JAPEM

Foto : Md Aiman Sufyan - JAPEM


Berakas, Jumaat, 16 April, 2026 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama residen dan penghuni Kompleks Rumah Kebajikan (KRK) di bawah kendalian Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) sempena Hari Raya Aidilfitri 1447/2026. Majlis berlangsung di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.


Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Mohammad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan datin.


Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Haji Nordin bin Haji Duraman, Guru Ugama Tingkat II, Kompleks Rumah Kebajikan.


Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada pegawai dan kakitangan, serta residen dan penghuni KRK. Majlis yang diadakan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara para pegawai dan kakitangan kementerian bersama residen serta penghuni KRK, dan rakan-rakan strategik KKBS. Di samping itu, majlis ini diadakan bukan sahaja untuk mengeratkan silaturrahim, malah bertujuan menyemai rasa kegembiraan dan penghargaan dalam kalangan residen dan penghuni KRK.


Turut hadir ialah Yang Mulia Datin Fadzlin binti Haji Hashim, isteri Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dayang Hajah Norashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan Yang Mulia Dr.Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap KKBS, ketua-ketua jabatan, wakil daripada Jabatan Kehakiman Negara, Pejabat Peguam Negara, Autoriti Industri Teknologi Infokomunikasi, Brunei Darussalam (AITI), Pesuruhjaya (ACWC) bagi Hal Ehwal Kanak-Kanak, Pesuruhjaya (ACWC) bagi Hal Ehwal Wanita, serta Yang Mulia Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat selaku Pengerusi Majlis.


​​


​​​​