​​​​​​​​

Program Kembara Amal Ramadan Di Keempat-Empat Daerah 1447H/2026M Bagi Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan


 IMG_2941.jpg

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah menganjurkan Program Kembara Amal Ramadan 1447H/2026M secara serentak di keempat-empat daerah bagi menyampaikan sumbangan berupa hamper yang berbentuk kuih dan kek raya, buah-buahan dan barang-barang asasi kepada 17 buah keluarga daripada golongan susah termasuk penerima Bantuan Kebajikan Bulanan daripada JAPEM, anak-anak yatim, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

 

DAERAH BRUNEI DAN MUARA

 IMG_2990.jpg

Rombongan kembara amal ramadan di Daerah Brunei dan Muara diketuai oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Sebanyak lima (5) buah rumah telah dikunjungi bagi menyampaikan sumbangan tersebut yang dimulakan dari rumah pertama di Kampung RPN Mentiri, Kampung Serasa, Kampung Tanah Jambu, Kampung RPN Lambak Kanan dan rumah terakhir di Kampung Kiulap.

 

Turut menyertai rombangan ialah YM Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai kanan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan Pembangunan Masyarakat, penghulu dan ketua-ketua kampung yang berkenaan.

 

DAERAH BELAIT

 IMG_0771.jpg

Rombongan di Daerah Belait diketuai oleh YM Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Kembara ke empat (4) buah rumah bermula dari 117 Mac 2026 rumah di Kampung RPN Pandan, dua buah rumah di Kampung RPN Panaga dan rumah terakhir di Kampung Jalan Mumong Selatan.

 

Turut menyertai rombongan ialah ketua jabatan, pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai kanan daripada KKBS dan JAPEM, penghulu dan ketua-ketua kampung yang berkenaan.

 

DAERAH TEMBURONG

 IMG_8137.JPG

Bagi Daerah Temburong pula, rombongan kembara ramadan diketuai oleh YM Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Sebanyak empat (4) buah rumah dikunjungi yang dimulai dari rumah di Kampung Sumbiling Lama seterusnya ke Kampung Meniup, Kampung Tanjung Bungar Baru dan berakhir di Kampung

Rataie.

 

Turut menyertai rombangan ialah ketua jabatan, pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai kanan daripada KKBS dan JAPEM, penghulu dan ketua-ketua kampung yang berkenaan.

 

DAERAH TUTONG

IMG_0035.JPG


Rombongan di Daerah Tutong pula diketuai oleh YM Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsafelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.Kembara ke tiga (3) buah rumah bermula dari rumah di Kampung Lamunin, seterusnya ke dua buah rumah di Kampung Keriam.

 

Turut menyertai rombongan ialah ketua jabatan, pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai kanan daripada KKBS dan JAPEM, penghulu dan ketua-ketua kampung yang berkenaan.

 

Sebagai program tahunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, inisiatif ini bertujuan memperkukuhkan ikatan antara pihak kerajaan dan masyarakat yang memerlukan. Diharapkan pemberian ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban golongan yang memerlukan, di samping memberikan kegembiraan kepada mereka dalam sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang dengan penuh keriangan dan kesyukuran. Inisiatif seumpama ini juga mencerminkan semangat keprihatinan dan kebersamaan dalam masyarakat, serta menggalakkan budaya saling bantu-membantu dalam memastikan kesejahteraan golongan yang memerlukan sentiasa terpelihara.

 


​​​​