.jpg)
Sumber : Siaran Akhbar Jawatankuasa Takmir Masjid Kilanas
Foto : Muhd Azinuddin - KKBS
Kilanas, Ahad, 27 Syaaban 1447H / 15 Februari, 2026M - Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kilanas menganjurkan Majlis Penyerahan Program Kongsi Rezeki kepada Asnaf (Fakir dan Miskin) khusus bagi penduduk Kampung Kilanas. Majlis juga diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran bagi Masjid Kampung Kilanas dan Majlis Tahlil dan Doa Arwah Sekampung bagi Kampung Kilanas sempena menyambut bulan Ramdahan 1447H yang akan tiba.
Tetamu Kehormat bagi Majlis ini ialah, Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam. Hadir bersama ialah Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin, Ahli Mesyuarat Negera, Penghulu Mukim Lumapas, Penghulu Mukim Kilanas, Ketua Kampung Kilanas, Ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung Kilanas dan penduduk-penduduk kampung.
Tujuan utama acara ini adalah bagi membantu para penduduk kampung terutama sekali para Asnaf (Fakir dan Miskin) dalam Kampung Kilanas untuk persediaan awal menjelang bulan Ramadhan 1447 Hijrah. Seramai 47 buah keluarga yang menerima sumbangan yang berbentuk makanan asasi seperti beras, gula, minyak masak dan lain-lain lagi. Semua barangan ini adalah hasil sumbangan dari penduduk-penduduk kampung dan orang ramai.