.jpg)
Sumber : Siaran Media KKBS
Foto : Muhd Azinuddin - KKBS
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 23 Syaaban 1447/11 Februari 2026 – Majlis Penyampaian Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Bulan Ramadan 1447/2026 kepada pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya telah diadakan pada hari ini di Dewan Citra Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Hadir bagi menyempurnakan majlis, Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan) selaku tetamu kehormat majlis.
Bagi memohon keberkatan majlis, acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diketuai oleh Yang Mulia Awang Muhammad Nabil bin Haji Roslan, Pembantu Perkembangan Ugama, Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Majlis diteruskan dengan penyerahan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam oleh tetamu kehormat.
Sebanyak 6,852 kotak kecil kurma diagihkan kepada pegawai dan kakitangan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya termasuk untuk ahli-ahli keluarga masing-masing.
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Khas bagi Kesihatan dan Kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Yang Mulia Awang Muhammad Nabil bin Haji Roslan, Pembantu Perkembangan Ugama, Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Turut hadir Pengarah-Pengarah Bahagian dan Jabatan serta Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.