Page Content
|
Kunjungan Hormat daripada TYT Michael Hoy, Pesuruhjaya Tinggi Australia
|
Sumber : Siaran Media KKBS Foto : Muhd Azinuddin - KKBS
Bandar Seri Begawan, 17 Syaaban 1447 / 5 Februari 2026 -Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Mohamad, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Michael Hoy, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Brunei Darussalam.
Majlis berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, turut dihadiri oleh Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), dan Yang Mulia Dayang Hajah Fauziah binti Haji Abd Hamid, Pengarah Penyelidikan, Perkembangan dan Hal Ehwal Antarbangsa, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
|