Sumber : Siaran Media KKBS
Foto : Muhd Azinuddin - KKBS
Berakas, Isnin, 14 Syaaban 1447 / 2 Februari 2026 - Program Pembangunan Kapasiti Pegawai & Kakitangan Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah diadakan selama dua (2) hari di Bilik Hijau, Stadium Negara Hassanal Bolkiah melalui program “Perkhidmatan: Budi Pekerti, Tuturan Hati". Bengkel disampaikan oleh fasilitator jemputan dari Singapura, Yang Mulia Tengku Sri Indra, S E Asia's Leading Professional Trainer & Coach.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan serta kualiti pemberian perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan, khususnya Bahagian dan Jabatan di bawah Kementerian ini yang sentiasa berurusan secara langsung dengan orang awam.
Program ini akan memberi tumpuan kepada usaha mempertingkat kemahiran penyampaian perkhidmatan: Budi Pekerti, Tuturan Hati dalam kalangan petugas barisan hadapan dengan menekankan aspek pemikiran mesra pelanggan, profesionalisme serta keupayaan mengendalikan interaksi dengan pelanggan secara berhemah dan berkesan.
Program ini juga diharap dapat memperkukuhkan keyakinan diri, kesopanan serta kemahiran komunikasi yang efektif bagi membentuk imej positif dan berwibawa dalam perkhidmatan awam.
.jpg)
.jpg)