​​​​​​​​

Majlis Sambutan Israk dan Mikraj 1447/2026

22012025_MajlisIsrakMikraj (44).jpg


Sumber : Siaran Media KKBS

Foto : Muhd Azinuddin - KKBS



BERAKAS, Khamis, 3 Syaaban 1447/22 Januari 2026 – Majlis Sambutan Israk dan Mikraj tahun 1447 Hijrah bersamaan 2026 Masihi yang telah diadakan di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.


Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Mohamad, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.


Bagi memohon keberkatan majlis, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Muhammad Nabil bin Haji Roslan, Pembantu Perkembangan Ugama, Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.


Seterusnya, majlis turut diserikan dengan Ceramah Khas bertajuk “Sembahyang Teras Modal Insan Cemerlang" yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Awang Mohammad Nasyith bin Superi, Pegawai Ugama, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.


Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Khas bagi Kesihatan dan Kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.


Turut hadir ke majlis berkenaan, Pemangku Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Bahagian dan Jabatan serta pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.


Majlis tersebut merupakan salah satu aktiviti tahunan keagamaan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang bertujuan untuk memperingati dan menyemarakkan sambutan peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad S.A.W yang telah menjadikan asas pengistiharan solat lima waktu kepada umat islam dan memberikan kesedaran untuk mengamalkan solat dengan lebih khusyuk dan sempurna.




22012025_MajlisIsrakMikraj (9).jpg 22012025_MajlisIsrakMikraj (8).jpg



 


​​​​