.jpg)
Sumber : Siaran Media KKBS
Foto : Md Azinuddin - KKBS
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 24 Rejab 1447 / 14 Januari 2026 - Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Heuankeo Sangsomsak, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Laos ke Negara Brunei Darussalam.
Majlis ini berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, turut dihadiri oleh Yang Mulia Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Pemangku Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Yang Mulia Dayang Hajah Fauziah binti Haji Abd Hamid, Pengarah Penyelidikan, Perkembangan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Kedua-dua belah pihak menyentuh beberapa isu semasa yang menjadi keperihatinan dan kepentingan bersama.