.jpg)
Sumber : Siaran Akhbar JBS
Foto : Adi Muadz - JBS
BERAKAS, Rabu, 19 Jamadilakhir 1447 / 10 Disember 2025. – Seramai empat orang ahli kontinjen Negara Brunei Darussalam terdiri daripada pasukan Angkat Berat iaitu tiga orang atlet dan seorang jurulatih telah berlepas ke Bangkok, Thailand bagi menyertai kejohanan Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Ke-33 2025.
Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar dan seterusnya memberikan kata-kata nasihat ialah Yang Mulia Dayang Zainab binti Haji Morshidi, Pemangku Pengarah Belia dan Sukan serta pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan, Persatuan Angkat Berat Kebangsaan Brunei Darussalam dan keluarga atlet.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Mulia Awang Shahram bin Haji Abd Rahman, diikuti dengan ucapan nasihat kepada Kontinjen Negara Brunei Darussalam dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
Atlet-atlet Angkat Berat negara akan mula bertanding pada 13 Disember 2025 bertempat di Chonburi Sports School, Chonburi.
Rombongan terakhir akan bertolak ke Bangkok, Thailand pada Jumaat, 12 Disember 2025.
.jpg)