​​​​​​​​

Perutusan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia Dan Sukan ​Sempena Hari Antarabangsa Orang Kelainan Upaya 2025

​​​

 Perutusan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia Dan Sukan ​Sempena Hari Antarabangsa Orang Kelainan Upaya 2025



“Memupuk Masyarakat Berkelainan Upaya yang Inklusif ke arah Kemajuan Sosial​”



Tema ini selaras dengan Pelan Tindakan Orang Kelainan Upaya (OKU) di bawah Majlis Kebangsaan Isu Sosial yang menekankan membina persekitaran serta ekosistem yang inklusif bagi golongan OKU seperti infrastruktur, prasarana dan komunikasi yang mesra-OKU, pengamalan anti-diskriminasi di tempat-tempat awam; dan juga pembangunan serta pengemaskinian dasar-dasar yang mengambilkira suara OKU.


Sejak penguatkuasaan Perintah Orang Kelainan Upaya pada 1 Oktober 2021, seramai 5,443 OKU telah mendaftar dalam Pendaftaran Kebangsaan OKU. Manakala, seramai 7,615 orang menerima Elaun Kurang Upaya (EKU), termasuk 1,195 orang menerima dua faedah iaitu Pencen Umur Tua dan Elaun Kurang Upaya. 

Selain itu, 3,164 orang juga menerima Elaun Penyediaan Penjagaan (EPP), iaitu bantuan khas kepada penjaga OKU.  ​



Perutusan Penuh, Sila Tekan Pautan ini:


 Perutusan  Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia Dan Sukan Sempena Hari Antarabangsa Orang Kelainan Upaya 2025




​​​​