.jpg)
Sumber : Siaran Media KKBS
Foto : Md Azinuddin - KKBS
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 5 Jamadilakhir 1447 / 25 November 2025 - Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Dr. Nasser Aldossary, Deputy Minister of International Relations and Cooperation, Ministry of Energy, Kingdom of Saudi Arabia.
Majlis berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, turut dihadiri oleh Yang Mulia Dayang Hajah Fauziah binti Haji Abd Hamid, Pemangku Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Dayang Hajah Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim, Pengarah Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Yang Mulia Dayang Zainab binti Haji Morshidi, Pengarah Bahagian Pembangunan dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Kedua-dua belah pihak menyentuh beberapa isu semasa yang menjadi keperihatinan dan kepentingan bersama.