​​​​​​​​

Kunjungan Hormat daripada Naib Pengerusi CPPCC Xizang

29102025_Courtesy Call Xizang Autonomous Region China  (25).jpg




Sumber : Siaran Media KKBS

Foto : Muhd Azinuddin - KKBS


Bandar Seri Begawan, Rabu, ​29 Oktober 2025 - Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Mohamad, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan telah menerima kunjungan hormat daripada Naib Pengerusi Yu Yungui, dari Persidangan Perundingan Politik Rakyat China (CPPCC), Wilayah Autonomi Xizang.


Majlis berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, turut dihadiri oleh Yang Mulia Dayang Hajah Norashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), dan Yang Mulia Dayang Hajah Fauziah binti Haji Abd Hamid, Pengarah ​Penyelidikan, Perkembangan dan Hal Ehwal Antarbangsa, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.


Pada kunjungan hormat tersebut, kedua-dua belah pihak menyentuh beberapa isu semasa yang menjadi keperihatinan dan kepentingan bersama.


29102025_Courtesy Call Xizang Autonomous Region China  (6).jpg29102025_Courtesy Call Xizang Autonomous Region China  (13).jpg



​​​​