.jpg) 
 
      
 
   
 
      
 
   
Sumber : Siaran Media KKBS
Foto : Muhd Azinuddin - KKBS
 
      
 
   
 
      29 Oktober 2025 - Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Mohamad, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik iaitu Tuan Yang Terutama Adnan bin Haji Mohd Ja'afar, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Amerika Syarikat; Tuan Yang Terutama Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Jepun;Tuan Yang Terutama Haji Sulaini bin Haji Said, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Kuwait; Tuan Yang Terutama Kapten (B) Haji Mohamad Sarif Pudin bin Matseruddin, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Kesatuan Myanmar; Puan Yang Terutama Ang Lay Ling, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Kanada; dan Puan Yang Terutama Siti Arnyfariza binti Haji Mohd Jaini, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik India.
 
 
      Majlis berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, turut dihadiri oleh Yang Mulia Dayang Hajah Norashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), dan Yang Mulia Dayang Hajah Fauziah binti Haji Abd Hamid, Pengarah Penyelidikan, Perkembangan dan Hal Ehwal Antarbangsa, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
 
 
      Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, telah berkenan mengurniakan surat-surat watikah pelantikan kepada ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baharu, pada Majlis Mengurniakan Surat-surat Watikah Pelantikan dan Majlis Menyembahkan Surat-surat Tauliah Pelantikan yang berlangsung di Istana Nurul Iman pada 18 Oktober 2025.