.jpg)
Sumber : Siaran Media KKBS
Foto : Muhd Azinuddin, Adi Syafiq - KKBS
LUMUT, Sabtu, 03 Jamadilawal 1447/25 Oktober 2025 – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah mengendalikan Kempen Kebersihan Senegara 2025 di bawah Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan (JIIK) yang telah diadakan di Kawasan Lumut Lighthouse, Kampong Sungai Kayu Ara, Mukim Liang, Daerah Belait.
 
Hadir bagi menyertai kempen tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Tetamu Kehormat. Turut hadir ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, para pegawai dan kakitangan KKBS serta ahli-ahli persatuan dan sukarelawan belia.
 
Kempen ini dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Yang Mulia Awang Muhammad Nabil bin Haji Roslan, Pembantu Perkembangan Ugama dari Pusat Pembangunan Belia, diikuti dengan taklimat keselamatan dan taklimat kempen kebersihan. Para peserta kemudian menyertai sesi bergambar ramai, sebelum memulakan aktiviti pembersihan sekitar kawasan Lumut Lighthouse.
 
Kempen ini merupakan salah satu usaha bersepadu Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam menyokong inisiatif JIIK, yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan kebersihan dan pemeliharaan alam sekitar, khususnya di kawasan pesisiran pantai seperti Lumut Lighthouse, Kampong Sungai Kayu Ara. Ia juga berperanan menjadi wadah untuk mempereratkan silaturahim dan meningkatkan perpaduan antara pegawai dan kakitangan kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya. Usaha ini secara tidak langsung menyumbang ke arah pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) serta menyokong tindakan mitigasi terhadap perubahan iklim (climate change).
.jpg)
.jpg) 
 .jpg)
.jpg)