Sumber : Siaran Media KKBS
Foto: Md Azinuddin - KKBS
Bandar Seri Begawan, Rabu, 3 Rabiulawal 1447 /27 Ogos 2025 - Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, telah menerima kunjungan perpisahan daripada Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam.
Majlis ini berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Kedua-dua belah pihak menyentuh beberapa isu semasa yang menjadi keperihatinan dan kepentingan bersama.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan menerima surat-surat watikah pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam serta ketua-ketua perwakilan asing yang baharu dilantik, pada Majlis Mengurniakan Surat-surat Watikah Pelantikan dan Majlis Menyembahkan Surat-surat Tauliah Pelantikan yang berlangsung di Istana Nurul Iman pada 20 Oktober 2022.