​​​​​​​​

Kunjungan perpisahan daripada PYT Ambra Dickie, Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke NBD

20250702FarewellEmbCanada-15.jpg


Sumber : Siaran Media KKBS

Foto: Md Azinuddin - KKBS



2 Julai 2025 - Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, telah menerima kunjungan perpisahan daripada Puan Yang Terutama Ambra Dickie, Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam.


Majlis ini berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, turut dihadiri Yang Mulia Yang Mulia Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin, Setiausaha Tetap (Kebeliaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Ne​gara Brunei Darussalam, berkenan menerima surat-surat watikah pelantikan daripada Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam serta ketua-ketua perwakilan asing yang baharu dilantik, pada Majlis Mengurniakan Surat-surat Watikah Pelantikan dan Majlis Menyembahkan Surat-surat Tauliah Pelantikan yang berlangsung di Istana Nurul Iman pada 20 Oktober 2022.



20250702FarewellEmbCanada-2.jpg 20250702FarewellEmbCanada-9.jpg 













​​​​