​​​​​​​​

Majlis Penyampaian Pingat Kerja Lama (PKL)

20250624_Majlis Penyampaian PKL-129.jpg


Sumber : Siaran Media KKBS

Foto : Muhd Azinuddin - KKBS


BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 27 Zulhijjah 1446/24 Jun 2025 – Majlis Penyampaian Pingat Kerja Lama (PKL) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-78 pada tahun 2024, bagi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya telah diadakan di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan pingat-pingat kepada para penerima yang diraikan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji  Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Majlis ini bertujuan untuk menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa dan sumbangan bakti warga Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada raja, kerajaan serta dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan.

 

Penyampaian pingat-pingat tersebut diharapkan dapat menjadi dorongan dan pembakar semangat kepada warga Kementerian yang lain untuk terus berusaha meningkatkan mutu kerja dengan lebih gigih dan berdaya saing.

 

Pada majlis tersebut, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menyempurnakan penyampaian Pingat Kerja Lama yang dianugerahkan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-78 kepada seramai 95 warga Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Awang Haji Masfourteen bin Awang Haji Mohd Yusof, Guru Ugama Tingkat II, Bahagian Pembangunan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Turut hadir, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Pengarah-Pengarah jabatan dan bahagian,  pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.



20250624_Majlis Penyampaian PKL-126.jpg 20250624_Majlis Penyampaian PKL-127.jpg​ 20250624_Majlis Penyampaian PKL-132.jpg20250624_Majlis Penyampaian PKL-134.jpg  ​



​​​​