​​​​​​​​

Lawatan rasmi daripada rombongan Universiti Tsinghua, Republik Rakyat China


NAS07553.jpg

Sumber : Siaran Media KKBS
Foto Md Nasrullah -​ JMM


Khamis, 08 Zulhijjah 1446/ 05 Jun 2025 – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menerima lawatan rasmi daripada rombongan Universiti Tsinghua, Republik Rakyat China, dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.


Majlis dimulakan dengan acara sambutan berunsur kebudayaan, termasuk persembahan muzik instrumental, Overture, tarian tradisional Jipin Laila Sembah, serta persembahan nyanyian lagu klasik Mandarin “Yue Liang Dai Biao Wo De Xin". Acara diteruskan dengan sesi bergambar ramai sebagai simbolik jalinan hubungan dua hala.


Hadir selaku ketua delegasi mewakili Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ialah Yang Mulia Dayang Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), berserta pegawai-pegawai kanan kementerian.

 

Majlis rasmi dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ucapan daripada ketua delegasi mewakili Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.


Turut diadakan ialah dua pembentangan utama, iaitu Pembentangan Dasar Kebudayaan Negara (DKN) oleh Yang Mulia Haji Awang Mohd Abdoh bin Haji Awang Damit, Pengarah Kebudayaan dan Kesenian, serta Pembentangan Dasar Belia Negara dan Strategi (DBNS) oleh Yang Mulia Dayang Zainab binti Haji Morshidi, Pengarah Bahagian Pembangunan Belia dan Sukan.


Sesi perbincangan dua hala diadakan untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang kebudayaan, belia dan pendidikan antara kedua-dua negara. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata sebagai tanda penghargaan.​

NAS07509.jpgNAS07584.jpgNAS07832.jpg


​​​​