Page Content
Solat Sunat Hajat Berjemaah serta merafakkan Doa Khas Kesihatan dan Kesejahteraan
|

Sumber : Siaran Media KKBS
Foto : Md Nasrullah - JMM Khamis, 8 Zulhijah 1446/5 Jun 2025 – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya bersama dengan warga Persatuan / Pergerakan / Kelab Kesenian / Penerima-Penerima Anugerah, Kebudayaan, Sejarah, Bahasa, Perpustakaan dan Kesusasteraan serta orang ramai telah mengadakan Solat Sunat Hajat Berjemaah serta merafakkan Doa Khas Kesihatan dan Kesejahteraan seterusnya Solat Fardu Asar Berjemaah secara di Masjid As-Salihin, Jabatan Perdana Menteri. Dengan penyertaan warga Persatuan / Pergerakan / Kelab Kesenian / Penerima-Penerima Anugerah, Kebudayaan, Sejarah, Bahasa, Perpustakaan dan Kesusasteraan serta orang ramai, ia mencerminkan pendekatan inklusif Kerajaan serta keprihatinan masyarakat terhadap Raja yang amat dikasihi. Semoga doa-doa ikhlas yang dititipkan akan diterima Allah Subhanahu Wata‘ala dan menjadi sumber keberkatan, keafiatan serta kesejahteraan yang berpanjangan bagi Raja dan Negara.
|