​​​​​​​​

Forum Bicara Budaya: Kisah Dari Artifak Sempena Hari Muzium Antarabangsa



WhatsApp Image 2025-06-02 at 11.57.25.jpeg

​Sumber : Siaran Akhbar JMM

Foto : Ak. Husni - KKBS


Muzium Teknologi Melayu, Kota Batu, Khamis, 01 Zulhijjah 1446/29 Mei 2025 – Dalam usaha memelihara dan memperkasakan warisan budaya negara, Jabatan MuziumMuzium telah mengadakan Forum Bicara Budaya: Kisah Dari Artifak bersempena Hari Muzium Antarabangsa 2025 sebagai satu platform ilmiah dan interaktif yang menghimpunkan pakar warisan, pengkaji sejarah, pengumpul artifak, serta masyarakat umum bagi berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan nilai sejarah artifak dan peranan dalam mencerminkan identity budaya sesuatu bangsa. Forum ini diadakan di Ruang Legar, Muzium Teknologi Melayu. 

Dengan tema “Bicara Budaya: Kisah Dari Artifak”, forum ini akan menjadi platform yang signifikan untuk memperkukuh jalinan antara muzium dan komuniti serta menanamkan rasa tanggungjawab Bersama dalam melestarikan warisan negara. 

20250529_HAA.jpg20250529_HAA-8.jpg 


Jabatan Muzium-Muzium telah menjemput 3 orang ahli panel iaitu Yang Mulia Dr. Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong @ Kabun bin Melayong, Pengetua Pusat Sejarah Brunei, Yang Mulia Dr. Awang Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, Ahli Lembaga Muzium dan Yang Mulia Awang Haji Azly bin Haji Tuah, Pegawai Saintifik, Jabatan Muzium-Muzium.

Forum Bicara Budaya: Kisah Dari Artifak dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus, Pemangku Pengarah Jabatan MuziumMuzium yang menyentuh tentang pentingnya pemuliharaan artifak, serta menanamkan rasa tanggungjawab bersama dalam memelihara sejarah dan warisan negara.

Melalui Forum ini, ianya dapat meneliti pelbagai aspek: dari tafsiran koleksi, pendekatan penceritaan yang efektif, sehinggalah peranan masyarakat dalam memelihara warisan bersama dan memperkukuh lagi fungsi muzium sebagai institusi yang bukan sekadar menyimpan artifak, tetapi yang menghidupkan makna di sebalik setiap artifak. 29 Mei 2025. 

Hadir selaku tetamu kehormat bagi acara forum ini ialah Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.  ​

20250529_HAA-5.jpg20250529_HAA-12.jpg20250529_HAA-17.jpg 

20250529_HAA-16.jpg



​​​​