​​​​​​​​

Majlis Pelancaran Pameran Jejak Waktu: Kisah Dari Artifak

20250519_pameran jejak kasih-18.jpg


​Sumber : Siaran Akhbar JMM

Foto : Md Azinuddin - KKBS, Md Nasrullah - JMM


Muzium Teknologi Melayu, Isnin, 21 Zulkaedah 1446/19 Mei 2025 – Sempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa yang diraikan setiap tahun pada 18 Mei, Jabatan Muzium-Muzium melalui Bahagian Etnografi mengadakan Pameran Jejak Waktu: Kisah Dari Artifak bersempena Hari Muzium Antarabangsa 2025. Majlis Pelancaran bagi pameran ini diadakan pada hari ini, 19 Mei 2025 di Ruang Legar, Muzium Teknologi Melayu.

 

Pameran Jejak Waktu: Kisah Dari Artifak menampilkan penyertaan tujuk kolektor individu yang telah dijemput khas untuk mempamerkan pelbagai artifak unik berdasarkan tema koleksi masing-masing. Inisiatif ini adalah sebagai pengiktirafan kepada usaha murni mereka dalam memelihara artifak-artifak berharga yang mencerminkan identiti dan warisan budaya Brunei.

 ​​

Selaras dengan tema Hari Muzium Antarabangsa 2025, Masa Depan Muzium Dalam Komuniti Yang Berubah Dengan Pesat, pameran ini bertujuan meningkatkan kesedaran awam tentang nilai sejarah koleksi peribadi, dan pada masa yang sama memupuk tanggungjawab kolektif dalam memelihara warisan negara untuk generasi akan datang.

 

Hadir selaku tetamu kehormat merasmikan majlis pelancaran ini ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Terutama, Duta-Duta dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi Luar Negara di Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Yang Mulia Ahli-Ahli Lembaga Muzium, Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai dan kakitangan Jabatan Muzium-Muzium.

 

Majlis Pelancaran dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis, Yang MuliaPengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus, Pemangku Pengarah Jabatan Muzium-Muzium yang menyentuh tentang pentingnya memperkukuhkan kesedaran masyarakat mengenai nilai sejarah dalam koleksi peribadi, serta memupuk rasa tanggungjawab untuk terus memelihara warisan agar dapat dikongsi dan diwarisi oleh generasi akan datang.

 

Pameran Jejak Waktu: Kisah Dari Artifak ini dibukakan untuk kunjungan orang ramai selama 3 bulan di Muzium Teknologi Melayu. Selain Pameran, turut diadakan beberapa aktiviti sampingan seperti Forum Bicara Budaya dan Program Muziumku Warisanku. Forum Bicara Budaya akan diadakan pada ​hari Khamis, 29 Mei 2025, bertempat di Muzium Teknologi Melayu. Forum ini sebagai platform kepada para kolektor untuk berkongsi pengalaman mereka, manakala salah seorang Pegawai Pemeliharaan daripada Bahagian Pemeliharaan dan Pembaikkan, Jabatan Muzium-Muzium untuk membincangkan usaha-usaha pemeliharaan dan pemulihan bahan artifak.​



9052025_Pameran MTM_Nas (19).jpg19052025_Pameran MTM_Nas (60).jpg9052025_Pameran MTM_Nas (46).jpg19052025_Pameran MTM_Nas (1).jpg 





​​​​