​​​​​​​​

Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan Kepada Mangsa Bencana.

10052025_PENYERAHAN BANTUAN BENCANA (1).jpg


Sumber : Siaran Akhbar dan Foto JAPEM


Bandar Seri Begawan, Sabtu, 12 Zulkaedah 1446/ 10 Mei 2025 - Seramai 14 orang ketua keluarga telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis berlangsung di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Satu (1) orang ketua keluarga daripada empat belas (14) yang menerima bantuan kewangan hari ini adalah mangsa yang terlibat dalam kejadian rumah roboh, enam (6) ketua keluarga terlibat dalam kejadian banjir, empat (4) ketua keluarga adalah mangsa kebakaran dan tiga (3) ketua keluarga adalah mangsa kejadian angin kencang. Kesemua mangsa dan penghuni rumah yang terlibat dalam kejadian bencana tersebut dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

Hadir bagi menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa bencana ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam.

 

Pemberian bantuan kewangan ini adalah bagi meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa bencana demi kesejahteraan mereka sekeluarga. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.


10052025_PENYERAHAN BANTUAN BENCANA (4).jpg 10052025_PENYERAHAN BANTUAN BENCANA (3).jpg

 10052025_PENYERAHAN BANTUAN BENCANA (6).jpg10052025_PENYERAHAN BANTUAN BENCANA (2).jpg



​​​​