​​​​​​​​

Majlis Doa Selamat bagi Bakal-Bakal Jemaah Haji Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di Bawahnya

20250508_DoaKesyukuranHajj-15.jpg


​Sumber : Siaran Media KKBS

Foto : Md Azinuddin - KKBS


Bandar Seri Begawan, Khamis, 10 Zulkaedah 1446/8 Mei 2025 - Majlis Doa Selamat bagi Bakal-Bakal Jemaah Haji Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di Bawahnya yang akan Menunaikan Fardu Haji bagi Musim Haji Tahun 1446H/2025M diadakan di Dewan Citra Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Hadir bagi menyempurnakan majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Muhammad Afif bin Ali, Pegawai Kerja (Perantis), Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada bakal-bakal jemaah haji oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat memohon keselamatan dan keberkatan bagi bakal-bakal tetamu Allah semasa pergi dan balik menunaikan ibadah haji.

 

Seramai tiga orang bakal jemaah haji dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya akan menunaikan fardu haji bagi musim haji tahun 1446H/2025M.

 

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya serta bakal-bakal jemaah haji.


20250508_DoaKesyukuranHajj-13.jpg 20250508_DoaKesyukuranHajj-17.jpg 20250508_DoaKesyukuranHajj-30.jpg





​​​​