​​​​​​​​

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di Bawahnya sertai Majlis Junjung Ziarah di Istana Nurul Iman sempena Hari Raya Aidilfitri 1446/2025
ziarah.jpg

Sumber : Siaran Media KKBS

Foto : Haji Syazwan- PSB


Bandar Seri Begawan, Rabu, 2 April 2025 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Ba​ginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, beserta Ahli-Ahli Kerabat Diraja, telah berkenan menerima Junjung Ziarah daripada rombongan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.


Penyertaan kementerian dalam majlis ini mencerminkan rasa syukur, perpaduan serta semangat kekeluargaan dalam kalangan rakyat dan pemimpin negara, sejajar dengan nilai-nilai murni yang disemai dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri.



​​​​