​​​​​​​​

Program Kembara Amal Ramadhan 1446/2025

29032025_Kembara Ramadan_TM_Adi (8).jpg


Sumber : Siaran Akhbar JAPEM


Bandar Seri Begawan, Sabtu  Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah menganjurkan Program Kembara Amal Ramadhan 1446H/2025M secara serentak di keempat-empat daerah bagi menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan asas kepada 17 buah keluarga daripada golongan susah termasuk penerima bantuan kebajikan bulanan daripada JAPEM, anak-anak yatim, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

 

 

DAERAH BRUNEI DAN MUARA

 

Rombongan kembara amal ramadan di Daerah Brunei dan Muara diketuai oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Sebanyak 5 buah rumah telah dikunjungi bagi menyampaikan sumbangan tersebut yang dimulakan dari rumah pertama di Kampung Lupak Luas, Kampung Junjongan, Kampung Putat, Kampung Subok dan rumah terakhir di Kampung Rimba.

 

Turut menyertai rombangan ialah Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat, Ketua Kampung Subok, Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed, Ketua Kampung Putat Zon 5, YM Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, YM Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Ketua-ketua Jabatan, Pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai kanan daripada KKBS dan JAPEM, penghulu dan ketua-ketua kampung yang berkenaan.


29032025_Kembara Ramadan_BM_Azin (35).JPG


29032025_Kembara Ramadan_BM_Azin (102).JPG 29032025_Kembara Ramadan_BM_Azin (156).JPG


 Foto : Md Azinuddin - KKBS

 

 

DAERAH TUTONG

 

Rombongan di Daerah Tutong diketuai oleh YM Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Kembara ke 4 buah rumah bermula dari rumah di Kampung Kiudang, Kampung Kuala Ungar, Kampung Bukit Udal dan rumah terakhir di Kampung Sengkarai.

 

Turut menyertai rombongan ialah Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, Ketua Kampung Sengkarai Zon 2, Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub, Penghulu Mukim Ukong Zon 1, Ketua-ketua Jabatan, Pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai kanan daripada KKBS dan JAPEM, penghulu dan ketua-ketua kampung yang berkenaan.


29032025_Kembara Ramadan_Tut_PSB (177).JPG 29032025_Kembara Ramadan_BM_PSB (160).JPG

 

 Foto : Pg Md Fawzy, Ehzha Ahwaz Safaraz -  PSB

 

 

DAERAH TEMBURONG

 

Rombongan di Daerah Temburong pula diketuai oleh YM Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin, Setiausaha Tetap (Kebeliaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Sebanyak 4 buah rumah telah dikunjungi yang dimulai dari rumah di Kampung RPN Rataie, Kampung Belais, Kampung Parit Belayang dan berakhir di rumah di Pekan Bangar.

 

Turut menyertai rombongan ialah Ketua Jabatan, Pengarah dan pegawai-pegawai kanan daripada KKBS dan JAPEM, penghulu dan ketua-ketua kampung yang berkenaan.


29032025_Kembara Ramadan_TM_Ak (12).JPG 29032025_Kembara Ramadan_TM_Ak (14).JPG

 

 

 Foto : Ak Hussni -  KKBS, Adi Muadz - JBS 


 

DAERAH BELAIT

 

Bagi Daerah Belait pula, rombongan kembara ramadan diketuai oleh YM Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Sebanyak 4 buah rumah dikunjungi yang dimulai dari rumah di Kampung RPN Pandan 'B', seterusnya ke dua buah rumah di Kampung RPN Panaga dan berakhir di Kampung Keluyoh.

 

Turut menyertai rombangan ialah Yang Berhormat Awang Haji Md.Salleh bin Haji Othman, Penghulu Mukim Bukit Sawat Zon1, Yang Berhormat Awang Mohammad

bin Abdullah @ Lim Swee Ann, Ketua Kampung Bukit Sawat, Zon 1, pegawai-pegawai kanan daripada KKBS dan JAPEM, penghulu dan ketua-ketua kampung yang berkenaan.


 29032025_Kembara Ramadan_KB_DBP (17).JPG29032025_Kembara Ramadan_KB_DBP (28).JPG

 

Foto : Ezzat -  DBP

 

Program ini merupakan program tahunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk memperkukuhkan ikatan di antara pihak kerajaan dan masyarakat yang memerlukan. Diharapkan pemberian ini dapat meringankan beban orang-orang susah selain untuk memberikan kegembiraan kepada mereka dalam sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang dengan penuh keriangan dan kesyukuran.

 


​​​​