​​​​​​​​

Program Tadarus Al-Quran

20250327_MajlisKhatamTemburong-25.jpg


Sumber : Siaran Media KKBS

Foto : Md Azinuddin - KKBS



TEMBURONG, Khamis, 26 Ramadan 1446 / 27 Mac 2025 - Dalam menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya telah mengadakan Program Bertadarus Al-Quran di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, Daerah Temburong.

 

Program ini dikendalikan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan Belia dan Sukan dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid, Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, Daerah Temburong.

 

Program Tadarus Al-Quran dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah secara beramai-ramai yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Seterusnya, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara bergilir-gilir serta disusuli dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dibaca oleh Yang Mulia Awang Muhamad Syahmi bin Haji Zaini, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, Temburong serta Selawat Tafrijiyyah dan Sayyidul Istighfar.

 

Program ini diteruskan lagi dengan berbuka puasa dan majlis diakhiri dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah.

 

Turut hadir, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan) selaku menjalankan tugas Setiasuaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Yang Mulia Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin, Setiausaha Tetap (Kebeliaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengarah-Pengarah Bahagian dan Jabatan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya dan para jemaah Masjid Utama Mohammad Salleh,Daerah Temburong.

 


​​​​