Sumber : Siaran Akhbar JAPEM
Foto : Md Azinuddin - KKBS
Bandar Seri Begawan, Rabu, 25 Ramadan 1446/26 Mac 2025 - Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menerima sumbangan keseluruhan berjumlah Dua Puluh Lima Ribu Ringgit (BND25,000.00) daripada enam (6) buah syarikat bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 bertempat di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pagi ini.
Sumbangan derma daripada Syarikat Samima Sdn Bhd telah disampaikan oleh Haji Hidhayathullah bin Haji Tajudeen, Pengarah Urusan Syarikat Samima Sdn Bhd, yang berjumlah Sepuluh Ribu Ringgit (BND 10,000.00).
Seterusnya Syarikat TM Majeed telah menyumbangkan sejumlah Lima Ribu Ringgit (BND5,000.00) yang disampaikan oleh Awang Ferose Khan s/o Abdul Ravoof, Pengurus Am Pasar Raya TM Majeed.
Sementara itu, sumbangan derma daripada Pasar Raya TM Majeed juga disampaikan oleh Awang Ferose Khan s/o Abdul Ravoof, Pengurus Am Pasar Raya TM Majeed yang berjumlah Dua Ribu Ringgit (BND2,000.00).
Turut menyumbangkan derma ialah Pasar Raya Orbit Sdn. Bhd berjumlah Dua Ribu Ringgit (BND2,000.00) yang disampaikan oleh Anwar Ali s/o Mohamed Yusuff, Pengerusi Pasar Raya Orbit Sdn. Bhd.
Pasar Raya Daya telah menderma sejumlah Satu Ribu Ringgit (BND1,000.00) yang diwakili oleh Anwar Ali S/O Mohamed Yusuff, Pengerusi Pasar Raya Orbit Sdn. Bhd.
Aisha Afiqa Sdn Bhd menyumbangkan sejumlah Lima Ribu Ringgit (BND5,000.00) yang telah disampaikan oleh Haja Najirudeen, Pengarah Syarikat Aisha Afiqa Sdn Bhd.
Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah Yang Mulia Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat selaku Pengerusi Majlis dan ahli-ahli syarikat - syarikat berkenaan.