.jpg)
Sumber : Siaran Akbar JAPEM
Foto : Md Azinuddin - KKBS
Bandar Seri Begawan, Rabu, 25 Ramadhan 1446 / 26 Mac 2025 - Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menerima sumbangan derma bagi Tabung Anak-anak Yatim, Jabatan Pembangunan Masyarakat daripada Kumpulan Isteri Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan ahli-ahli Bersekutu pagi tadi di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Sumbangan berjumlah B$5,000.00 disampaikan oleh Yang Mulia Datin Hajah Nahriah binti Haji Hasbi selaku Pengerusi II Kumpulan Isteri Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan ahli-ahli Bersekutu. Sumbangan tersebut adalah hasil kutipan daripada ahli-ahli kumpulan.
Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah Yang Mulia Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat serta ahli-ahli daripada kumpulan berkenaan.